Pernah dengar orang cerita dia stay hotel percuma, kemudian tertanya-tanya macam mana dia buat? Atau jumpa traveller dari luar negara yang duduk berminggu-minggu di Malaysia, tapi bilik hotel dibayar guna points? Bila cari penjelasan, banyak guide terus masuk cerita kad kredit Amerika. Kita yang duduk di Malaysia pun rasa macam susah sangat nak mula.

Sebenarnya, tempat paling mudah untuk mula ialah stay yang kita memang dah bayar. Trip kerja, weekend getaway dan cuti keluarga boleh perlahan-lahan kumpul points dalam satu akaun. Bila balance dah cukup, points itu boleh digunakan untuk bilik hotel bagi trip yang kita betul-betul nak pergi. Perkataan “percuma” tu kena faham konteks: points datang daripada aktiviti sebelum ini, dan flight, makan, transfer serta caj di luar award masih boleh kena bayar. Tapi bila sebahagian besar kos penginapan dah selesai, memang terasa bezanya pada bajet cuti.

Aku pernah guna 135,000 points untuk tiga malam di TA’AKTANA, Labuan Bajo pada 2024, 48,000 points untuk lima malam di Lampung, dan 45,000 points untuk lima malam di Sheraton Senggigi. Tiga pengalaman yang berbeza, pada tahap penggunaan points yang berbeza, melalui program yang sama. Bagi aku, itulah yang menarik: kita ada pilihan nak guna points untuk luxury stay atau panjangkan masa bercuti.

Marriott Bonvoy bukan satu-satunya program yang boleh buat begini. Hilton Honors, World of Hyatt, ALL Accor dan GHA DISCOVERY pun ada kelebihan masing-masing. Kali ini kita fokus sepenuhnya pada Bonvoy untuk traveller Malaysia: kumpul melalui stay, cari rate yang masuk akal, faham benefits dan redeem bila ia betul-betul membantu trip.

Dalam guide ini

Kenal brands dulu: Marriott bukan sekadar hotel bernama Marriott

Marriott Bonvoy ialah loyalty programme yang menghubungkan banyak hotel brands. Marriott Hotels pula cuma salah satu brand dalam keluarga itu. Sebab itu stay di Fairfield, Sheraton, Westin atau St. Regis boleh masuk ke akaun Bonvoy yang sama walaupun nama dan pengalaman hotelnya berbeza.

Rangkaian Marriott International kini menyatakan lebih 10,000 properties di 148 negara dan wilayah. Di Malaysia, semakan direktori kami menemukan 21 brands dengan properties yang sudah beroperasi. Kelebihannya ialah pilihan: anda boleh kumpul daripada trip kerja yang sederhana, kemudian guna points di resort untuk cuti panjang. Angka global rasmi merangkumi seluruh syarikat; jangan anggap semua unit kediaman atau produk berlogo Marriott memberi benefits Bonvoy yang sama.

Visual di bawah menggunakan logo rasmi daripada portfolio Marriott. Label Ada di Malaysia merujuk pada inventori operasi dalam guide ini. Kategori menerangkan positioning, bukan harga tetap, star rating rasmi atau jaminan fasilitas. Courtyard ketika ada event boleh lebih mahal daripada Sheraton pada hari biasa.

Luxury: pilih pengalaman, kemudian periksa benefits

Malaysia ada The Ritz-Carlton, St. Regis, JW Marriott dan W. The Luxury Collection pula relevan bila travel ke Indonesia—TA’AKTANA yang aku redeem di Labuan Bajo berada dalam koleksi ini. Jangan samakan “lebih luxury” dengan “lebih banyak elite perks”: breakfast di St. Regis boleh jadi welcome-gift choice Platinum, tetapi Ritz-Carlton tidak memberi entitlement breakfast yang sama.

  • The Ritz-CarltonThe Ritz-CarltonAda di Malaysia
  • St. RegisSt. RegisAda di Malaysia
  • JW MarriottJW MarriottAda di Malaysia
  • Ritz-Carlton ReserveRitz-Carlton ReservePortfolio antarabangsa
  • The Luxury CollectionThe Luxury CollectionPortfolio antarabangsa
  • W HotelsW HotelsAda di Malaysia
  • EDITIONEDITIONPortfolio antarabangsa
Logo rasmi: Marriott International. Kehadiran di Malaysia disemak 29 September 2026.

Premium: banyak pilihan untuk trip kerja dan cuti bandar

Marriott Hotels, Sheraton, Westin, Le Méridien dan Renaissance membentuk sebahagian besar pilihan full-service tempatan. Di sinilah lounge dan breakfast boleh mempengaruhi total kos trip, tetapi kewujudan lounge mesti disemak pada hotel berkenaan. Nama brand saja tak cukup untuk menjamin semua hotel ada lounge.

  • Marriott HotelsMarriott HotelsAda di Malaysia
  • SheratonSheratonAda di Malaysia
  • The Marriott Vacation ClubsThe Marriott Vacation ClubsPortfolio antarabangsa
  • Delta HotelsDelta HotelsPortfolio antarabangsa
  • WestinWestinAda di Malaysia
  • Le MéridienLe MéridienAda di Malaysia
  • RenaissanceRenaissanceAda di Malaysia
  • Gaylord HotelsGaylord HotelsPortfolio antarabangsa
Logo rasmi: Marriott International. Kehadiran di Malaysia disemak 29 September 2026.

Select dan midscale: boleh mula tanpa luxury budget

Courtyard, Four Points, Fairfield, AC Hotels, Aloft, Moxy dan citizenM ada pilihan Malaysia. Ini antara brands yang boleh dibandingkan untuk trip pendek, tetapi kadar tunai dan points tetap dynamic. Four Points by Sheraton berbeza daripada Four Points Flex: earning dan Elite Night Credits Flex lebih rendah. Kesilapan kecil pada nama brand boleh mengubah kiraan status.

  • CourtyardCourtyardAda di Malaysia
  • Four PointsFour PointsAda di Malaysia
  • SpringHill SuitesSpringHill SuitesPortfolio antarabangsa
  • FairfieldFairfieldAda di Malaysia
  • AC HotelsAC HotelsAda di Malaysia
  • citizenMcitizenMAda di Malaysia
  • AloftAloftAda di Malaysia
  • MoxyMoxyAda di Malaysia
  • Protea HotelsProtea HotelsPortfolio antarabangsa
  • Series by MarriottSeries by MarriottPortfolio antarabangsa
  • City ExpressCity ExpressPortfolio antarabangsa
  • Four Points FlexFour Points FlexPortfolio antarabangsa
Logo rasmi: Marriott International. Kehadiran di Malaysia disemak 29 September 2026.

Longer stays: sesuai untuk tinggal lebih lama, rules berbeza

Malaysia ada Element dan Marriott Executive Apartments. Kedua-duanya earn lima base points bagi setiap eligible US$1, berbanding sepuluh pada banyak brands lain. Executive Apartments juga mempunyai penyertaan terhad: jangan pindahkan expectation breakfast, suite upgrade atau lounge daripada Marriott Hotel ke serviced apartment yang namanya hampir sama. Kadar ENC semasanya satu malam layak = satu ENC.

  • Residence InnResidence InnPortfolio antarabangsa
  • TownePlace SuitesTownePlace SuitesPortfolio antarabangsa
  • ElementElementAda di Malaysia
  • StudioResStudioResPortfolio antarabangsa
  • Homes & Villas by Marriott BonvoyHomes & Villas by Marriott BonvoyPortfolio antarabangsa
  • Apartments by Marriott BonvoyApartments by Marriott BonvoyPortfolio antarabangsa
  • Marriott Executive ApartmentsMarriott Executive ApartmentsAda di Malaysia
Logo rasmi: Marriott International. Kehadiran di Malaysia disemak 29 September 2026.

Collections: identiti hotel sendiri, akaun points yang sama

Autograph Collection dan Tribute Portfolio mengumpulkan hotel yang mempunyai karakter tersendiri. Di Malaysia, contohnya The Majestic, The Millen, Lone Pine dan Iconic Marjorie. Design Hotels juga ada beberapa pilihan tempatan, tetapi on-property benefits lebih terhad. Ia bukan bermaksud semua independent hotel yang tersenarai di website Design Hotels automatik menyertai Bonvoy—pilih property yang dinyatakan sebagai participating.

  • Autograph CollectionAutograph CollectionAda di Malaysia
  • Design HotelsDesign HotelsAda di Malaysia
  • Tribute PortfolioTribute PortfolioAda di Malaysia
  • MGM CollectionMGM CollectionPortfolio antarabangsa
  • Outdoor Collection by Marriott BonvoyOutdoor Collection by Marriott BonvoyPortfolio antarabangsa
Logo rasmi: Marriott International. Kehadiran di Malaysia disemak 29 September 2026.

Logo ialah tanda milik brand masing-masing dan digunakan untuk rujukan editorial. Portfolio ini meliputi brands dan collections yang dipaparkan pada halaman rasmi semasa, bukan janji setiap satu ada hotel di Malaysia. Contoh pengecualian yang relevan bila travel ke negara jiran: The Ritz-Carlton, Millenia Singapore tidak menyertai Bonvoy. Semak participation sebelum booking, bukan selepas checkout.

Senarai penuh properties Malaysia dalam direktori Marriott semasa

Semakan pada 29 September 2026 menemukan 67 listings berbeza dalam direktori Marriott Malaysia. Lima daripadanya masih berada dalam jadual pembukaan akan datang. Jadi, jadual operasi di bawah mengandungi 62 hotel dan serviced-apartment properties daripada 21 brands. Setiap nama disemak melalui halaman rasmi property, bukan campur hasil carian yang berulang. Selepas itu ada lapan projek upcoming, termasuk tiga yang belum masuk dalam direktori 67 listings tadi.

Klik nama hotel untuk halaman rasminya. Lajur akhir ialah alamat/kawasan yang diterbitkan, bukan janji masa perjalanan, lounge atau award availability. Ini inventori listings pada tarikh semakan; private residences dan setiap rumah sewa Homes & Villas tidak dicampurkan.

Kuala Lumpur · 21 properties

Tengok alamat, bukan nama “Kuala Lumpur” saja. KL Sentral, Bukit Bintang, Chinatown, Chow Kit dan Jalan Puchong ialah base yang berbeza. Hotel sedikit mahal dekat stesen yang anda perlukan mungkin jimat tambang dan masa.

HotelBrandAlamat / kawasan
AC Hotel Kuala LumpurAC Hotels9 Jalan Lumut off Jalan Ipoh
Aloft by Marriott Kuala Lumpur SentralAloftNo. 5 Jalan Stesen Sentral
citizenM Kuala LumpurcitizenM128 Jalan Pudu, Bukit Bintang
Courtyard by Marriott Kuala Lumpur SouthCourtyard137, Jalan Puchong
Element by Marriott Kuala LumpurElementIlham Tower, 8 Jalan Binjai
Else Kuala Lumpur, a Member of Design HotelsDesign Hotels145 Jalan Tun H S Lee
Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala LumpurFairfieldNo 1 Jalan Datuk Haji Eusoff, Off Jalan Pahang
Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, ChinatownFour PointsNo 2, Jalan Balai Polis
Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City CentreFour PointsCorner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang
Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph CollectionAutograph CollectionCorner of Jalan Sultan Ismail, 25 Jalan Kamunting
JW Marriott Hotel Kuala LumpurJW Marriott183 Jalan Bukit Bintang
Le Méridien Kuala LumpurLe Méridien2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral
Marriott Executive Apartments Kuala LumpurMarriott Executive Apartments17 Jalan Kia Peng
Moxy Kuala Lumpur ChinatownMoxyNo 1 Jalan Hang Lekiu, Chinatown
Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention CentreRenaissanceCorner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang
Sheraton Imperial Kuala Lumpur HotelSheratonJalan Sultan Ismail
The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Autograph CollectionAutograph Collection5 Jalan Sultan Hishamuddin
The Ritz-Carlton, Kuala LumpurThe Ritz-Carlton168 Jalan Imbi
The St. Regis Kuala LumpurSt. RegisNo 6 Jalan Stesen Sentral 2
The Westin Kuala LumpurWestinNo 199 Jalan Bukit Bintang
W Kuala LumpurW HotelsNo 121 Jalan Ampang

Selangor · 6 properties

Puchong, Petaling Jaya dan Setia Alam kawasan yang berbeza. Pilihan ini boleh sesuai untuk urusan kerja atau staycation berdekatan, tetapi bukan pengganti automatik hotel sebelah KLCC.

HotelBrandAlamat / kawasan
AC Hotel PuchongAC HotelsNo. 6, Jalan Kenari 12
Courtyard by Marriott Setia AlamCourtyardNo 6 Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Seksyen U13
Four Points by Sheraton PuchongFour Points1201 Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri
Le Méridien Petaling JayaLe Méridien1 Jalan SS7/26a Kelana Jaya
Petaling Jaya Marriott HotelMarriott Hotels13 Jalan 16/11
Sheraton Petaling Jaya HotelSheratonJalan Utara C

Putrajaya / IOI Resort City · 4 properties

Hotel ini dipasarkan sekitar Putrajaya dan IOI Resort City. Kumpulan ini untuk senang rancang trip, bukan bermaksud semua alamat berada dalam sempadan Wilayah Persekutuan. Padankan alamat hotel dengan tempat urusan atau aktiviti keluarga.

HotelBrandAlamat / kawasan
Le Méridien PutrajayaLe MéridienLebuh IRC, IOI Resort City, Sepang
Moxy PutrajayaMoxyLebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio HotelTribute PortfolioIOI Resort City
Putrajaya Marriott HotelMarriott HotelsIOI Resort City

Pulau Pinang · 9 properties

Bezakan George Town/Gurney, Batu Ferringhi dan Bayan Lepas semasa mencari. Cuti pantai, food trip dan flight awal pagi mungkin perlukan lokasi hotel yang berlainan.

HotelBrandAlamat / kawasan
AC Hotel PenangAC Hotels213 Jalan Bukit Gambir
Courtyard by Marriott PenangCourtyard218D Jalan Macalister
Iconic Marjorie Hotel, Penang, a Tribute Portfolio HotelTribute Portfolio239A Jalan Sultan Azlan Shah
Lone Pine, Penang, a Tribute Portfolio ResortTribute Portfolio97 Batu Ferringhi
Macalister Mansion, George Town, a Member of Design HotelsDesign Hotels228 Macalister Road
Marriott Executive Apartments, PenangMarriott Executive Apartments55 Persiaran Gurney
Penang Marriott HotelMarriott Hotels55 Persiaran Gurney
The Millen Penang, Autograph CollectionAutograph Collection55, Jalan Sultan Ahmad Shah
The Prestige Hotel, a Member of Design HotelsDesign Hotels8 Gat Lebuh Gereja, George Town, 7

Langkawi, Kedah · 4 properties

Kiraan points patut ambil kira cara bergerak di pulau. Bandingkan airport transfer, sewa kereta atau e-hailing bersama jumlah redemption. Rules breakfast Ritz-Carlton dan St. Regis pun berbeza walaupun kedua-duanya luxury.

HotelBrandAlamat / kawasan
Aloft by Marriott Langkawi Pantai TengahAloftLot PT 701, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang
The Ritz-Carlton, LangkawiThe Ritz-CarltonPT 313 Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung
The St. Regis LangkawiSt. RegisJalan Pantai Beringin
The Westin Langkawi Resort & SpaWestinJalan Pantai Dato Syed Omar, Kedah

Johor · 5 properties

Jangan samakan Desaru Coast dengan bandar Johor Bahru, atau Permas Jaya dengan kawasan checkpoint. Hotel murah cuma membantu kalau lokasinya sesuai dengan tujuan trip.

HotelBrandAlamat / kawasan
Four Points by Sheraton DesaruFour PointsJalan Kempas 2, Taman Desaru Utama
Four Points by Sheraton Johor BahruFour PointsJalan Persiaran Seri Alam, Bandar Baru Seri Alam
Renaissance Johor Bahru HotelRenaissanceNo 2 Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya
Sheraton Johor BahruSheraton05-01A, Menara SKS, Jalan Storey, Bukit Senyum
The Westin Desaru Coast ResortWestinJalan Pantai 3, Desaru Coast

Melaka · 1 property

HotelBrandAlamat / kawasan
Courtyard by Marriott MelakaCourtyardLorong Haji Bachee, Kampung Bukit China

Perak · 1 property

HotelBrandAlamat / kawasan
AC Hotel IpohAC Hotels88 Jalan Sultan Abdul Jalil

Pahang · 1 property

HotelBrandAlamat / kawasan
AC Hotel KuantanAC HotelsJalan Teluk Sisek

Terengganu · 2 properties

Perhentian ialah island resort; Kuala Besut berada di tanah besar. Semak boat transfer, keadaan cuaca dan tarikh operasi resort sebelum commit flight.

HotelBrandAlamat / kawasan
Fairfield by Marriott Kuala BesutFairfieldKampung Raja
Perhentian Marriott Resort & SpaMarriott HotelsPulau Perhentian Kecil

Sabah · 4 properties

HotelBrandAlamat / kawasan
Kota Kinabalu Marriott HotelMarriott HotelsLot G-23A, Jalan Tun Fuad Stephens
Le Méridien Kota KinabaluLe MéridienJalan Tun Fuad Stephens, Sinsuran
Sheraton Kota KinabaluSheratonJalan Albert Kwok, Kota Kinabalu
The LUMA Hotel, Kota Kinabalu, a Member of Design HotelsDesign HotelsLot 2-5, Block A, Sutera Avenue, Jalan Sembulan

Sarawak · 4 properties

Kuching, Bintulu, Miri dan Mulu destinasi yang berlainan. Redemption di Mulu masih perlukan flight dan transfer yang sesuai; harga points rendah tak menyelesaikan urusan perjalanan itu.

HotelBrandAlamat / kawasan
Fairfield by Marriott Bintulu ParagonFairfieldNo 1 Old Airport Place
Miri Marriott Resort & SpaMarriott HotelsJalan Temenggong Datuk Oyong Lawai
Mulu Marriott Resort & SpaMarriott HotelsSungai Melinau, PO Box 1145
Sheraton Kuching HotelSheratonNo. 2, Jalan Padungan

Upcoming: jangan kira sebagai Bonvoy stay yang sudah boleh dibuat

Jadual pembukaan rasmi Asia Pacific menyenaraikan enam projek Malaysia untuk Q4 2026 dan dua lagi pada 2027. Sesebuah hotel lama boleh sedang beroperasi, tetapi conversion kepada Marriott masih belum bermula. Ada halaman di Marriott.com pun belum tentu tarikh pembukaan sebagai Bonvoy property sudah tiba.

PropertyBrandJadual dirancang
JW Marriott Hotel Johor BahruJW MarriottQ4 2026
Fairfield by Marriott Kota KinabaluFairfieldQ4 2026
Courtyard by Marriott Kuala Lumpur City CentreCourtyardQ4 2026
Courtyard by Marriott Penang Icon CityCourtyardQ4 2026
The Bertam Penang, a Tribute Portfolio HotelTribute PortfolioQ4 2026
Courtyard by Marriott SubangCourtyardQ4 2026
Moxy MelakaMoxyQ3 2027
Aloft SerembanAloftQ4 2027

Direktori Malaysia · Jadual pembukaan rasmi. Tarikh boleh berubah. Confirm tarikh stay anda sudah layak earn points dan nights sebelum bergantung pada hotel conversion baru untuk status.

Laut biru di seberang pantai dengan pokok palma dan payung berbumbung rumbiaKolam resort berwarna turquoise dengan kerusi santai hijau dan pokok tropika
Masa di tepi laut dan kolam, daripada koleksi gambar perjalanan kami. Gambar: Naim Ali

Faham tiga benda dulu: points, nights dan status

Bonvoy points ialah balance yang boleh digunakan untuk rewards. Elite Night Credits, atau ENC, ialah kiraan aktiviti yang layak untuk naik status. Elite status pula ialah tier membership yang memberi benefits. Ketiga-tiganya berkait, tapi fungsinya tak sama.

Bayangkan akaun kita ada 60,000 points dan 20 ENC. Bila redeem 48,000 points, baki points turun kepada 12,000. Kiraan status tak ditolak 48,000 sekali. Jika redemption itu ialah stay lima malam yang layak di hotel yang memberi satu ENC setiap malam, selepas selesai stay jumlah tahunan boleh naik daripada 20 kepada 25. Kita dah guna reward, dan dalam masa yang sama bergerak ke arah Gold.

Beli atau transfer 50,000 points ke akaun tak terus beri 50 nights atau Platinum. Begitu juga dengan bilik suite yang mahal: satu malam di brand biasa yang memberi satu ENC semalam lazimnya tetap dapat satu qualifying night. Bukan lima nights hanya kerana harga bilik lima kali lebih mahal. Points banyak bergantung pada eligible spending; nights pula ikut malam yang layak. Bila beza ini jelas, lebih senang buat keputusan tanpa terlebih belanja.

Bahagian dalam akaunApa yang mengubahnyaKegunaan
Redeemable pointsEligible stay, bonus dan aktiviti earning lain; redemption mengurangkan balanceMembayar award yang layak
Annual Elite Night CreditsMalam yang layak, termasuk eligible award stay, serta promotional credits yang layakMencapai tier dalam tahun kalendar
Lifetime nights dan status yearsRekod qualifying activity sepanjang membershipMemenuhi dua syarat lifetime status

Panduan Elite Night Credit Marriott menerangkan kiraan ini. Kebanyakan brands yang biasa kita guna di Malaysia memberi satu ENC bagi setiap qualifying night, tapi ada pengecualian. Four Points Flex, contohnya, memberi setengah ENC bagi setiap malam yang layak. Jadi semak brand, bukan tengok logo Marriott saja.

Daftar membership secara percuma melalui Marriott Bonvoy, guna nama sendiri dan masukkan nombor ahli pada booking. Kalau pernah ada akaun, cuba recover akaun itu dulu supaya points tak berpecah. Untuk pasangan yang kongsi bilik, tentukan akaun siapa yang digunakan dan pastikan ahli itu memang stay. Satu bilik biasanya tak memberi satu set penuh elite nights kepada kedua-dua orang sekali.

Macam mana stay boleh kumpul points?

Di kebanyakan full-service dan select-service brands yang biasa ditemui traveller Malaysia, kadar asas ialah 10 points bagi setiap US$1 eligible spending. Room rate dan caj tertentu yang layak boleh dikira, tetapi taxes dan caj yang tak layak tidak dikira. Jika bil dalam ringgit atau mata wang lain, Marriott menggunakan kaedah conversion programnya. Jumlah akhir tak semestinya sama dengan kiraan menggunakan exchange rate bank yang kita pilih sendiri.

Ada brands dengan earning berbeza. Element, Residence Inn dan Marriott Executive Apartments sekarang memberi lima base points bagi setiap eligible US$1. Rujuk earning table rasmi bila cuba brand yang kurang biasa. Hotel yang earn lebih rendah masih boleh jadi pilihan lebih baik kalau harganya jauh lebih murah. Tambah RM200 semata-mata untuk beberapa ratus points selalunya tak banyak membantu.

Contoh di bawah menggunakan US$200 eligible spending di brand yang memberi 10 points setiap dollar. Ini contoh kiraan, bukan harga bilik sebenar. Welcome gift dan promo belum dimasukkan. Elite bonus dikira daripada base points, bukannya didarab pada semua bonus promo yang masuk kemudian.

TierBase pointsElite bonusJumlah sebelum offer lain
Member2,000Tiada2,000
Silver2,00010% = 2002,200
Gold2,00025% = 5002,500
Platinum2,00050% = 1,0003,000
Titanium / Ambassador2,00075% = 1,5003,500

Sebahagian besar points aku memang datang daripada stay, kemudian ditambah melalui promo yang sesuai. Cara ini mungkin tak nampak secepat cerita welcome bonus kad Amerika, tapi lebih dekat dengan keadaan traveller Malaysia. Kita tak perlu ada banking history di US untuk faham caranya. Yang penting, semak earning sebelum booking dan tengok semula akaun selepas stay dah diproses.

Kalau hotel membenarkan, charge perbelanjaan restoran atau spa yang layak ke bilik. Tanya dulu sama ada outlet itu menyertai program. Restoran dalam bangunan hotel Marriott tak semestinya semua eligible. Simpan final folio sampai jumlah points dan nights betul-betul masuk; kalau ada missing credit, nombor booking dan bil itu memudahkan kita buat semakan.

Earning ikut brand: points dan nights tak semestinya bergerak sama

Brand / kumpulanBase points bagi eligible US$1ENC bagi setiap qualifying nightPerkara yang mudah terlepas
Kebanyakan luxury, premium dan select brands tempatan; termasuk Courtyard, Four Points, Fairfield, AC, Aloft, Moxy, citizenM serta participating Design Hotels101Bonus elite dikira atas base points, bukan semua bonus promo
Element; Residence Inn, TownePlace Suites, Apartments by Marriott Bonvoy dan Homes & Villas di pasaran lain51Earning lebih rendah tidak semestinya bermaksud nights separuh
Marriott Executive Apartments51Sejak 12 Februari 2026 ada elite bonus; room-rate earning sahaja, tiada points redemption atau on-property elite benefits biasa
Protea, City Express, Four Points Flex; Series di luar US/Canada/Greater China50.5Empat qualifying nights memberi dua ENC; bukan empat
Series di US/Canada/Greater China101Negara mengubah earning bagi brand yang sama
StudioRes40Tiada elite bonus atau ENC; bukan pilihan untuk mattress run status

Earning table rasmi · ENC rules · Executive Apartments. Malaysia kini banyak mempunyai brands satu-ENC-semalam, tetapi perbezaan ini penting bila anda mula kumpul nights di luar negara.

Contoh bil ringgit yang boleh dikira semula

Katakan ahli Platinum stay dua malam di Sheraton: room charges yang layak RM900 dan dining yang layak dicaj ke bilik RM90. Jumlah eligible ialah RM990; taxes, service charges dan item tidak layak diasingkan daripada contoh ini. Andaian ilustrasi sahaja: US$1 = RM4.50, jadi eligible spend bersamaan US$220. Marriott menggunakan conversion programnya semasa posting, bukan semestinya FX rate bank anda.

Komponen contohKiraanPoints
BaseUS$220 × 102,200
Bonus Platinum50% × 2,2001,100
Jika pilih points welcome giftSekali setiap stay1,000
Total sebelum promo2,200 + 1,100 + 1,0004,300
Jika stay itu turut qualify untuk promo bonus 1,500Tambah 1,500; tidak didarab lagi dengan bonus Platinum5,800

Jika pilih breakfast sebagai welcome gift, tolak 1,000 welcome points tadi: jumlah sebelum promo ialah 3,300, bersama breakfast yang layak. Jangan kira 1,000 gift points dan breakfast gift serentak melainkan hotel jelas memberi tambahan itu. Dua malam qualifying stay ini pula lazimnya memberi dua ENC; jumlah wang pada bil tidak menukarkannya menjadi lima ENC. Qualifying charges.

Bayar tiga bilik bukan earn tiga kali ganda nights

Anda boleh earn points untuk sehingga tiga bilik di property sama jika memenuhi rules, termasuk anda sendiri stay dalam satu bilik, membayar semua bilik, nombor ahli ada pada booking dan tarikh check-in/checkout yang sama. Tetapi personal ENC hanya daripada bilik anda. Dua malam dengan tiga bilik boleh memberi points daripada caj layak tiga bilik, namun bukan enam personal ENC. Pasangan yang berkongsi satu bilik juga tidak boleh kedua-duanya claim satu set nights bagi stay yang sama. Multiple-room rules.

Selepas checkout, semak hotel, nights, eligible spending, base points, elite bonus dan welcome gift secara berasingan. Promo kadang-kadang masuk sebagai transaksi lain. Benarkan sehingga sepuluh business days untuk stay posting, kemudian guna borang missing-stay credit jika masih tiada atau salah. Simpan final folio yang ada nama dan item bil; screenshot booking sahaja tidak menunjukkan caj akhir. Cara claim missing stay.

Tempat kita book pun memainkan peranan

Booking murah melalui online travel agency mungkin pembelian yang bagus, tetapi tak semestinya earn Bonvoy points, elite nights atau status benefits. Dalam penjelasan qualifying rate Marriott, rate direct, corporate dan government yang layak boleh earn, manakala pelbagai third-party rates dan booking tertentu dikecualikan. Letak nombor Bonvoy kemudian tak automatik menjadikan rate yang tak layak itu eligible.

Bandingkan direct member rate dengan pilihan lain selepas taxes, breakfast dan cancellation terms. Kalau direct lebih mahal sedikit, fikir sama ada points dan benefits yang dijangka berbaloi dengan beza itu. Kalau beza besar, jangan anggap nama loyalty program dah menutup semua kos tambahan. Untuk booking kerja melalui sistem syarikat pun sama: tanya rate itu qualify atau tidak, sebab bukan semua corporate reservation menggunakan struktur yang sama.

Dari Member sampai Ambassador: apa sebenarnya berubah?

Tier bukan sesuatu yang kita “beli” dengan jumlah points dalam akaun. Qualification biasa menggunakan Elite Night Credits dalam satu tahun kalendar. Anda boleh terus capai Gold apabila jumlah tahun itu mencapai 25; tidak perlu tambah 10 malam Silver di atas 25 tadi. Ambassador mempunyai syarat spending tambahan. Jadual ini ialah gambaran program; pengecualian brand dan cara tuntut benefit diterangkan selepasnya.

TierQualification standard setahunBonus atas base pointsLate checkoutUpgradeBreakfast / lounge
MemberDaftar percumaTiadaTiada elite entitlementTiada elite entitlementIkut inclusion rate / hotel
Silver10 ENC10%Priority request; availabilityTiada standard upgrade entitlementTiada standard elite breakfast / lounge
Gold25 ENC25%Sehingga 2pm; availabilityEnhanced room; availabilityTiada standard elite breakfast / lounge
Platinum50 ENC50%Sehingga 4pm di participating hotels; ada pengecualianEnhanced room termasuk selected suites; availability sepanjang stayWelcome gift dan lounge ikut brand
Titanium75 ENC75%Seperti PlatinumSeperti Platinum; availabilitySeperti Platinum; bukan tambahan breakfast untuk semua bilik
Ambassador100 ENC + US$23,000 qualifying spend75%Seperti Platinum; Your24 berasinganAvailability, bukan guaranteed suiteSeperti Platinum; Ambassador service tambahan

Silver dan Gold: tahu apa yang boleh diminta

Silver memberi sedikit bonus earning, priority late-checkout request dan Ultimate Reservation Guarantee di brands yang menyertainya. Ia belum memberi janji upgrade atau breakfast. Kalau anda memang ada sepuluh malam trip setahun, status itu datang sebagai tambahan yang berguna. Tak perlu tambah cuti yang tak diperlukan hanya untuk mendapat label Silver. Benefits Silver.

Gold menambah enhanced-room upgrade mengikut availability dan welcome points—lazimnya 250 atau 500 setiap stay mengikut brand. Enhanced room mungkin view lebih baik, tingkat tinggi atau bilik hujung; ia bukan janji suite. Request 2pm checkout sebelum bergantung padanya untuk flight balik. Gold juga bukan lounge pass. Contohnya, jangan book room-only di Sheraton dengan expectation breakfast percuma hanya kerana ada Gold. Benefits Gold.

Platinum: nilai datang daripada penggunaan sebenar

Pada 50 ENC, kombinasi breakfast yang layak, lounge, kemungkinan suite dan checkout lewat mula terasa untuk pasangan yang stay beberapa malam. Namun benefit itu untuk bilik ahli yang benar-benar menginap, bukannya semua bilik yang ahli bayar. Jika anda book dua bilik untuk ibu bapa sekali, jangan kira automatik empat orang dapat breakfast dan lounge atas satu status.

Ambil contoh cuti lima malam di Westin. Jika anda memilih restaurant breakfast sebagai welcome gift, benefit member +1 boleh digunakan setiap pagi yang layak sepanjang stay. Pilihan 1,000 welcome points pula sekali bagi stay itu. Sebab itu pilihan breakfast mungkin jauh lebih berguna untuk pasangan daripada beberapa points tambahan. Kalau rate sudah termasuk breakfast, bandingkan pilihan gift lain yang tersedia. Benefits Platinum.

Titanium dan Ambassador: jangan salah faham bezanya

Titanium earn bonus 75% dan membuka 75-night Annual Choice Benefit, 48-hour availability yang bersyarat, serta pendaftaran United MileagePlus Premier Silver. Banyak benefits hotel hariannya sama dengan Platinum. Tambahan 25 nights bukan janji suite yang lebih besar, breakfast untuk empat orang atau upgrade sebelum tiba. Nilai tambah mesti sepadan dengan trip anda. Benefits Titanium.

Ambassador memerlukan kedua-dua 100 ENC dan US$23,000 annual qualifying spend. Points redemption boleh membantu nights, tetapi tidak mencipta qualifying room spend daripada nilai points yang ditebus. Ambassador service menyediakan bantuan peribadi; Your24 membolehkan request tempoh 24 jam mengikut waktu ketibaan yang diluluskan hotel. Contohnya 9pm ke 9pm esok—bukan automatik tambahan satu malam percuma. Minta melalui Ambassador service sebelum 3pm waktu hotel, dua hari sebelum arrival, dan tunggu confirmation; availability tetap terpakai. Syarat Ambassador.

Breakfast dan welcome gift: jadual khusus Malaysia

Ini bahagian yang paling mudah tersalah baca. Breakfast sebagai welcome gift, breakfast di lounge, dan breakfast yang sudah termasuk dalam room rate ialah tiga laluan berbeza. Anda tidak semestinya dapat ketiga-tiganya serentak. Jadual di bawah untuk Platinum, Titanium dan Ambassador di Malaysia; Gold biasanya menerima welcome points, bukan menu gift ini.

Brands yang ada di MalaysiaPilihan welcome gift Platinum dan ke atasApa maknanya untuk breakfast
St. Regis, W, Sheraton, Le Méridien, Westin, Tribute Portfolio1,000 points setiap stay ATAU amenity ATAU restaurant breakfast setiap malam stay untuk member +1Pilih breakfast jika itu yang anda perlukan; resorts termasuk
JW Marriott, Marriott Hotels, Renaissance, Autograph Collection — bukan resort1,000 points ATAU F&B amenity setiap stayBreakfast bukan pilihan standard gift bagi kumpulan bandar ini di Asia; lihat lounge rules di bawah
JW Marriott, Marriott Hotels, Renaissance, Autograph Collection — resort1,000 points ATAU F&B amenity ATAU restaurant breakfast member +1 setiap malam stayContoh Marriott resorts tempatan: Perhentian, Miri dan Mulu
Courtyard — tiada lounge500 points ATAU F&B amenity setiap stay ATAU US$10 F&B credit setiap malam untuk member +1Credit bukan janji buffet breakfast penuh; semak harga dan tempat guna
Courtyard — ada lounge500 points setiap stay DAN breakfast di loungeJika lounge tutup, restaurant breakfast member +1
Four Points, Aloft500 points ATAU amenity ATAU restaurant breakfast member +1 setiap malam stayBoleh memilih breakfast; Four Points Flex ialah brand lain
AC Hotels, Moxy, citizenM500 points ATAU F&B amenity setiap stay ATAU US$10 F&B credit setiap malamTeks Asia tidak menjanjikan extra US$10 untuk guest seperti Courtyard; confirm jumlah dengan hotel
Fairfield500 points ATAU F&B amenity setiap stayJangan import andaian semua Fairfield Asia wajib beri breakfast percuma kepada semua tetamu
Element500 points ATAU amenity setiap stayBreakfast yang disertakan oleh hotel/rate berbeza daripada welcome-gift choice
The Ritz-Carlton, participating Design Hotels1,000 points setiap stayTiada restaurant breakfast sebagai standard elite welcome-gift choice
Marriott Executive ApartmentsPenyertaan terhad; bukan menu hotel elite biasaSemak inclusion sewaan; jangan anggap status memberi breakfast

Untuk Courtyard, “member +1” bermaksud ahli dan seorang guest dalam bilik yang sama. Credit US$10 setiap seorang yang layak digunakan mengikut malam, bukan bank credit yang boleh dikumpulkan: tak guna hari ini bukan bermaksud dapat US$40 untuk dua orang esok. Tanya outlet yang menerima credit, waktu guna dan conversion setempat. F&B amenity pula boleh berupa item pilihan hotel; ia bukan sinonim untuk breakfast buffet.

Contoh praktikal: jika dua orang memang mahu buffet di Courtyard tanpa lounge, ambil harga buffet sebenar, tolak credit yang hotel sahkan, kemudian bandingkan baki dengan rate breakfast-included. Di St. Regis Langkawi, bandingannya berbeza kerana breakfast member +1 boleh dipilih sebagai welcome gift. Di Ritz-Carlton Langkawi, masukkan kos breakfast atau pilih pakej yang memasukkannya. Inilah sebab cash rate dua hotel luxury yang hampir sama belum tentu memberi total kos holiday yang sama.

Jadual ini dirumus untuk Malaysia daripada welcome-gift rules dan syarat brand dalam program. Pilihan mesti dibincangkan semasa arrival; jika hotel memberi sesuatu melebihi rules, itu tambahan hotel berkenaan, bukan entitlement untuk semua stay seterusnya.

Bawa anak? Ada benefit Asia Pacific yang berasingan

Di participating Asia Pacific hotels termasuk Malaysia, program kids breakfast boleh meliputi sehingga dua anak berumur 12 tahun atau kurang, dalam bilik yang sama dan ditemani orang dewasa. Member, Silver dan Gold perlu mempunyai adult buffet breakfast yang layak, sama ada dibeli pada harga penuh atau termasuk dalam room rate; Platinum dan ke atas boleh menggunakan laluan breakfast yang dinyatakan dalam program, termasuk eligible welcome gift atau lounge. Semak participating brand, outlet dan occupancy dahulu. Ini bukan janji breakfast seluruh keluarga tanpa had, dan lounge boleh mengenakan had tetamu berasingan. Kids benefits rasmi.

Lounge access: hotel mana, berapa orang dan apa jadi kalau tutup?

Lounge bermaksud executive/club lounge yang mengambil bahagian dalam benefit, bukan lobby lounge atau mana-mana bar yang menggunakan perkataan lounge. Platinum dan ke atas biasanya meliputi ahli + seorang guest dalam bilik yang sama, pada waktu operasi. Tetamu tambahan termasuk anak boleh dikenakan caj. Menu breakfast, evening snacks, alkohol dan polisi umur ditentukan hotel; jangan anggap setiap lounge menyediakan dinner penuh.

Kumpulan brandEntitlement yang relevan di MalaysiaJika lounge tiada atau tutup
JW Marriott, Marriott Hotels, Renaissance, Autograph CollectionLounge di participating hotels; resort dikecualikanGuarantee mempunyai pampasan US$100 jika tiada continental breakfast atau alternatif yang layak ditawarkan; rules 750 points untuk US/Canada/Europe jangan dianggap automatik di Malaysia
Sheraton, Le Méridien, WestinLounge di participating hotels, termasuk resort yang mempunyai loungeTiada alternative lounge benefit atau cash compensation standard apabila lounge tutup; pilihan breakfast welcome gift ialah entitlement berasingan
Courtyard di luar US/Canada yang mempunyai loungeLounge untuk ahli +1; resort dikecualikan daripada lounge guaranteeBila lounge tutup, restaurant breakfast member +1; tiada cash compensation lounge yang ditetapkan dalam jadual
Ritz-Carlton, St. Regis, W, Four Points, Aloft, AC, Moxy, citizenM, Fairfield, Element, Tribute, Design Hotels, Executive ApartmentsTiada standard Bonvoy elite lounge-access entitlementClub room, paid access atau package mesti dinilai mengikut hotel; status semata-mata tidak mencukupi

Contoh tempatan yang jelas: Sheraton Johor Bahru menyatakan Sheraton Club dan complimentary access untuk Platinum, Titanium dan Ambassador. Namun St. Regis yang lebih mahal tidak semestinya memberi lounge privilege, kerana brand rules berbeza. Sebelum membayar lebih untuk hotel ber-lounge, tanya operating hours, guest allowance, breakfast venue dan keadaan renovation pada tarikh anda.

Jika lounge tutup, tanya dahulu apa alternative yang diberikan, kemudian padankan dengan lounge guarantee. Jangan terus pilih cash compensation tanpa membaca brand, resort exception dan syarat claim. Untuk hotel bandar tanpa lounge, dapatkan penjelasan breakfast/alternative secara bertulis sebelum tiba supaya budget makan anda jelas.

Upgrade dan late checkout: mana guarantee, mana availability?

Complimentary upgrade dinilai untuk seluruh tempoh stay. Suite yang kosong malam pertama tetapi sudah ditempah pada malam ketiga belum tentu tersedia untuk holiday lima malam anda. Paparan suite yang masih dijual dalam app juga bukan confirmation upgrade. Book kategori yang anda sanggup duduk walaupun request tak berjaya, terutama jika layout atau bilangan katil penting untuk keluarga.

Gold mendapat enhanced-room consideration tanpa standard suite entitlement. Platinum dan ke atas boleh menerima selected suites, tetapi pilihan hotel dan availability tetap terpakai. T&C September 2026 menerangkan enhanced upgrades termasuk suites untuk Platinum dan ke atas; di Ritz-Carlton, bilik dengan direct Club access dikecualikan. Jangan gunakan wording lama sebagai janji suite atau Club access. Di Design Hotels, room type upgrade tertakluk kepada budi bicara hotel. Marriott Executive Apartments mempunyai penyertaan terhad yang berbeza.

SituasiApa yang patut dijangkaApa yang patut dibuat
Platinum+ di participating city hotel biasaLate checkout sehingga 4pm dijamin apabila benefit terpakaiMinta melalui app, semasa check-in atau sebelum hari balik; sahkan waktu
Resort atau convention hotel; participating Design HotelsLate checkout mengikut availabilityMinta awal; jangan susun flight transfer dengan andaian 4pm pasti lulus
Gold di participating hotelSehingga 2pm, availabilityTanya sebelum bergantung pada bilik untuk mandi atau berehat
SilverPriority late-checkout request, bukan waktu tetapDapatkan masa yang hotel boleh beri
Apartments by Marriott Bonvoy di luar MalaysiaPlatinum+ sehingga 2pm dijamin; 4pm availabilityBezakan daripada Marriott Executive Apartments
Ritz-Carlton Reserve, vacation-club brands tertentu dan non-participating hotelsAda pengecualian late-checkout benefitBaca property/brand terms; jangan samakan dengan Ritz-Carlton hotel biasa

Contoh: Platinum di hotel bandar yang tertakluk pada guarantee 4pm tidak sama dengan Platinum di Westin Langkawi resort, di mana late checkout berdasarkan availability. Early check-in pula permintaan berasingan. Landing pukul 6am tidak memberi hak automatik masuk bilik malam sebelumnya. Late-checkout rules rasmi.

Elite guarantees: bila hotel perlu beri pampasan?

Guarantee ialah perlindungan tertentu dalam program, bukan pampasan untuk setiap perkara yang kita tak suka. Tiada automatic cash payout hanya kerana suite upgrade tidak available, view kurang menarik atau resort tak dapat lulus checkout 4pm. Empat perkara di bawah perlu dibezakan: hotel tak honor reservation, welcome gift tak ditawarkan, room-type guarantee tak dipenuhi dan lounge guarantee tak dipenuhi.

1. Ultimate Reservation Guarantee: hotel tak dapat honor booking

Untuk elite member yang memenuhi syarat, participating hotel membayar penginapan berhampiran pada malam terjejas serta pampasan mengikut brand. Nombor ahli mesti ada ketika booking. Ini bukan payout automatik untuk booking yang anda sendiri batalkan atau no-show. Penjelasan Ultimate Reservation Guarantee.

Brands MalaysiaTier yang dilindungiPampasan selain penginapan berhampiran
JW Marriott, Marriott Hotels, Sheraton, Westin, Le Méridien, Renaissance, W, Autograph Collection, Tribute PortfolioSilver, Gold, Platinum, Titanium, AmbassadorUS$200 + 90,000 points
Courtyard, Four Points, Fairfield, AC, Aloft, Moxy, Element, citizenMSilver / GoldUS$100
Brands dalam baris sebelumnyaPlatinum / Titanium / AmbassadorUS$100 + 90,000 points
The Ritz-Carlton, St. RegisTitanium / Ambassador sahajaUS$200 + 140,000 points

Design Hotels dan Executive Apartments tidak termasuk dalam jadual reservation-guarantee standard di atas. Di Malaysia, jumlah cash yang dinyatakan dalam USD dibayar sebagai nilai setara mata wang tempatan. Jangan convert menggunakan rate yang direka lalu menjanjikan jumlah ringgit tetap kepada pembaca.

2. Welcome gift tidak ditawarkan semasa arrival

Pampasan ini untuk Platinum dan ke atas apabila eligible welcome gift tidak ditawarkan, bukannya kerana anda berubah fikiran selepas memilih points. Rujuk menu gift Malaysia tadi terlebih dahulu. “Hotel tak bagi breakfast” belum membuktikan pelanggaran jika brand itu memang hanya menawarkan points.

Brand / kumpulan MalaysiaPampasan welcome gift yang ditetapkan
JW Marriott, Marriott Hotels, Renaissance, Autograph, St. Regis, W, Sheraton, Le Méridien, Westin, TributeUS$100
Courtyard, Four Points, AC HotelsUS$50
Aloft, Moxy, citizenM, Fairfield, ElementUS$25
Ritz-Carlton, Design HotelsTiada cash compensation ditetapkan untuk welcome gift

3. Guaranteed Room Type bukan guaranteed upgrade

Room preference perlu dicatat pada reservation, dan booking yang dibuat pada hari arrival tidak layak untuk benefit ini. Requests seperti extra bed, cot, pillow atau room location bukan sebahagian daripada guarantee. Di Malaysia, yang berada di luar US, Canada dan Europe, T&C khusus menyatakan hanya Titanium dan Ambassador mempunyai guaranteed priority untuk requested bed dan room type; jangan baca headline Platinum global lalu menganggap semua bed requests dijamin sama rata di sini. Exact bed sizes dan smoking preference juga mempunyai caveat.

Apabila guarantee benar-benar terpakai, jadual pampasan Malaysia ialah US$100 bagi kumpulan full-service seperti JW/Marriott/Sheraton/Westin/Le Méridien/Renaissance/W/Autograph/Tribute dan citizenM; US$50 bagi AC/Courtyard/Four Points; US$25 bagi Fairfield/Aloft/Moxy/Element. Ritz-Carlton, St. Regis dan Design Hotels dikecualikan daripada room-type guarantee ini. Baca rules Guaranteed Room Type, seksyen 4.3.c, bukan hanya ringkasan marketing.

4. 48-hour availability: bukan cara dapat award room ketika penuh

Titanium dan Ambassador boleh menggunakan benefit ini untuk personal paid standard room di participating hotels dengan booking dibuat sebelum 3pm waktu hotel, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum arrival. Bayaran ialah prevailing rate; award stays, promotional/discounted rates, upgrades, resorts dan beberapa brands/properties dikecualikan. Tarikh event tertentu juga boleh dikecualikan. Ia bukan jaminan bilik murah di Langkawi semasa peak season. Syarat 48-hour guarantee.

Cara claim yang betul, sebelum checkout

  • Simpan confirmation yang menunjukkan nama, nombor ahli, tier, room type, preference dan rate yang layak. Simpan juga komunikasi tentang benefit yang tidak dapat diberi.
  • Tanya front desk atau duty manager benefit/alternative yang terpakai pada brand dan stay itu. Nyatakan perkara spesifik, bukan sekadar “saya Platinum”.
  • Jika guarantee dilanggar, minta pampasan semasa masih menjadi guest, sebelum checkout. T&C menyatakan hak pampasan boleh luput jika permintaan hanya dibuat selepas checkout.
  • Minta rekod bertulis atau case number jika belum selesai. Elite Benefits Guarantee mempunyai maksimum cash setara US$200 bagi satu stay, walaupun lebih daripada satu guaranteed benefit gagal; jangan campur semua baris sebagai payout tanpa had.

Contoh ayat yang jelas: “Saya check-in sebagai Platinum dan eligible welcome gift belum ditawarkan. Boleh semak pilihan yang terpakai di hotel ini, dan pampasan di bawah Elite Benefits Guarantee jika syaratnya dipenuhi?” Tujuannya menyelesaikan hak yang ditetapkan dengan rekod yang jelas. Full guarantee table dan T&C seksyen 4.1.d ialah rujukan jika ada perbezaan tafsiran.

Ruang duduk bilik hotel dengan sofa di sebelah tingkap menghadap kehijauanPemandangan dari tingkat atas ke ruang tamu hotel dengan tingkap tinggi
Layout bilik berbeza-beza. Pilih bilik yang sesuai dengan trip walaupun upgrade tak tersedia. Gambar: Naim Ali

Annual Choice Benefits, Nightly Upgrade Awards dan lifetime

Ada beza antara memegang status Platinum dengan mencapai 50 ENC tahun ini. Status melalui kad atau match tidak automatik memberi Annual Choice Benefit. Untuk pilihan 50-night dan 75-night, anda perlu memenuhi milestone nights yang berkenaan. Pada 75 ENC, jumlahnya dua pilihan keseluruhan: satu daripada milestone 50 dan satu lagi daripada 75.

PilihanMilestone 50 ENCMilestone 75 ENCCara menilainya dari Malaysia
Nightly Upgrade Awards5 NUA5 NUA lagiBerguna jika ada eligible stay dan anda fleksibel tentang bilik; bukan suite yang sudah confirmed
Elite Night Credits5 ENC5 ENCMasuk qualification year benefit diperoleh; boleh bantu dekatkan tier seterusnya
Gift statusSilver untuk seorangGold untuk seorangSemak penerima layak; bukan pindah status anda sendiri
Bed discountUS$1,000US$1,000Banding harga katil, penghantaran dan availability ke Malaysia sebelum pilih
DonationUS$100 kepada charity yang layakUS$100 kepada charity yang layakPilihan kebajikan, bukan travel credit; sesetengah charity mempunyai sekatan negara
Free Night AwardTiadaSatu certificate sehingga 40,000 pointsBoleh ditambah points sendiri mengikut top-up cap semasa

Deadline semasa ialah 11:59pm Eastern Time pada 1 Februari tahun selepas qualification. Untuk milestone 2026, pilih selewat-lewatnya 1 Februari 2027 ET; dari Malaysia, lebih selamat selesaikan lebih awal daripada cuba menukar zon waktu pada saat akhir. Jika tidak memilih, default ialah lima NUA bagi milestone berkenaan. Pilihan yang dibuat adalah final. Kalau kedua-dua milestone sudah tersedia, portal meminta kedua-duanya dipilih bersama. Menu Annual Choice Benefit · Cara membuat pilihan.

Contoh yang berguna: anda ada 70 ENC pada Disember dan pilihan 50-night masih belum digunakan. Memilih lima ENC boleh membawa jumlah kepada 75 dan membuka pilihan 75-night. Tetapi lima credits itu bukan lima malam percuma di hotel. Jika pilihan 2026 dibuat pada Januari 2027 sebelum deadline, credits tetap masuk tahun 2026, bukan menjadi head start untuk tahun 2027.

NUA: cara request dan kenapa ia boleh gagal

Selepas ada confirmed eligible reservation, buka reservation details dan cari pilihan upgrade request. Pilih kategori premium room atau suite yang hotel tawarkan. Lebih daripada satu pilihan boleh meningkatkan ruang untuk request dipenuhi, tetapi hanya tandakan kategori yang anda memang mahu. Jika option tidak muncul, reservation atau hotel mungkin tidak eligible.

PerkaraRule semasaContoh kesannya
Bilangan awardsSatu bagi setiap malam seluruh reservationStay lima malam perlukan lima NUA, termasuk malam percuma Stay for 5, Pay for 4
Sistem mula semakSeawal lima hari sebelum arrival; EDITION, Ritz-Carlton dan St. Regis tiga hariRequest dibuat enam bulan awal masih bukan confirmed upgrade
Deadline request2pm waktu hotel, sehari sebelum arrivalJangan tunggu sampai berada di reception
ConfirmationHanya selepas hotel/sistem mengesahkan; email dihantarAvailability suite untuk dijual tidak semestinya sama dengan NUA inventory
Request gagalAwards dipulangkan jika masih belum expiredBilik asal kekal; holiday tidak dibatalkan kerana upgrade gagal
Expiry31 Disember tahun selepas NUA diperolehNUA daripada milestone 2026 digunakan untuk eligible stay sebelum tamat 2027

Request yang belum confirmed boleh ditarik balik sebelum cutoff. Selepas confirmed, anda perlu membatalkan seluruh reservation sebelum 2pm sehari sebelum arrival untuk mendapatkan semula NUA. Ini berasingan daripada cancellation deadline bilik, yang mungkin jauh lebih awal dan boleh membawa penalti cash. Checkout awal juga boleh menyebabkan NUA yang tidak digunakan hilang. Semak NUA FAQ dan NUA terms sebelum request untuk trip yang belum pasti.

Free Night Award: certificate bukan balance points biasa

Certificate 40,000 points daripada pilihan 75-night boleh ditambah sehingga 25,000 points sendiri, jadi boleh digunakan untuk satu eligible standard-room night sehingga 65,000 points. Ini bukan 65,000 points yang dimasukkan ke wallet. Jika hotel cuma 32,000 points, baki nilai certificate tidak dipulangkan. Certificate mempunyai expiry sendiri; stay perlu berlaku sebelum expiry, bukan cukup sekadar membuat booking sebelum tarikh itu. Untuk benefit yang diperoleh pada 2026, expiry award pilihan ini ialah 31 Disember 2027.

Certificate tidak boleh dijadikan malam kelima bagi mencetuskan Stay for 5, Pay for 4, dan tidak boleh digunakan untuk membayar upgrade award. Contohnya, empat malam points + satu certificate bukan redemption lima malam points yang menerima diskaun biasa itu. Jika anda ada certificate dan points sekali, bandingkan total untuk susunan sebenar sebelum booking. Free Night Award rules · Cara book dengan certificate.

Lifetime: kedua-dua nights dan status years mesti cukup

Lifetime memberi status tanpa perlu memenuhi annual-night minimum tier itu setiap tahun. Ia masih tertakluk kepada program yang boleh berubah; bukan kontrak bahawa setiap benefit hari ini kekal selama-lamanya. Anda perlu memenuhi dua syarat, bukannya memilih salah satu.

Lifetime tierLifetime qualifying nightsTahun pada tier ini atau lebih tinggi
Silver2505
Gold4007
Platinum60010

Tahun tak perlu berturut-turut. Orang yang sudah ada 600 nights tetapi baru enam tahun Platinum masih belum memenuhi Lifetime Platinum. Sebaliknya, sepuluh tahun Platinum dengan 520 nights masih perlukan nights tambahan. Tiada laluan baru ke Lifetime Titanium sejak qualification lama tamat pada 2018; tiada published earning route untuk Lifetime Ambassador. Syarat lifetime.

Annual ENC reset setiap Januari, tetapi eligible lifetime nights kekal. Sepuluh nights tahun pertama tambah 15 tahun kedua bukan 25 annual ENC untuk Gold pada tahun kedua. Status yang earned biasanya kekal untuk baki tahun qualification, tahun seterusnya dan sehingga akhir Februari selepas itu. Contoh Platinum yang diperoleh pada 2026 lazimnya meliputi sepanjang 2027 hingga Februari 2028; untuk retain selepas itu, qualification tahun 2027 masih penting. Status match atau promo tertentu boleh mempunyai tempoh berbeza.

Mula Silver dulu pun tak apa, asalkan kita faham kiraannya. Aku lebih suka lihat lifetime sebagai hasil bertahun-tahun travel yang memang dinikmati. Jangan tukar setiap cuti menjadi projek mengejar nights sehingga tempat yang nak dilawati sendiri dilupakan.

Cara aku kumpul points untuk cuti yang lebih besar

Biasanya aku kumpul sepanjang tahun, kemudian gunakan sebahagian besar balance untuk major vacation overseas, selalunya hujung tahun. Kebanyakan points datang daripada stay. Aku perhatikan promo Marriott, termasuk sekitar Q2 dan Q4, dan semak kalau ada targeted offer dalam akaun. Ini habit untuk tengok peluang, bukannya Marriott menjamin promo global yang sama setiap Q2 atau Q4.

Sebelum kira bonus, faham dulu offer itu memberi ganjaran untuk apa. “Per stay” tak sama dengan “per night”. Stay lima malam mungkin hanya dapat satu stay bonus, sementara nightly offer dikira ikut setiap malam yang layak. Pecahkan booking berturut-turut di hotel yang sama pun tak semestinya menjadikannya dua qualifying stays. Registration deadline, paid atau award stay dan participating properties boleh mengubah kiraan lagi.

Sebagai contoh semasa, promo autumn 2026 Marriott menawarkan 1,500 bonus points untuk eligible paid stay sekurang-kurangnya dua malam, dengan tambahan 3,000 di participating resorts. Stay period ialah 22 September hingga 22 November, dengan registration sebelum atau pada 13 November. Semak eligibility dan full terms melalui akaun promo Marriott, sebab offer yang dipaparkan boleh bergantung pada ahli. Award stays dikecualikan daripada promo ini. Ringkasan kempen membantu untuk faham gambaran awal, tetapi terms offer yang didaftarkan pada akaun kita yang perlu diikuti.

Kalau eligible resort stay dua malam memenuhi kedua-dua bonus, jumlah promo ialah 4,500 points, ditambah base dan elite points daripada spending yang layak. Ia bukan 4,500 untuk setiap malam. Targeted offer pula boleh ada syarat berlainan. Bila orang lain dapat offer, tak bermaksud akaun kita mesti dapat juga. Marriott ada panduan cara cari dan register promotions.

Aku juga akan bandingkan rate biasa dengan bonus-points package. Katakan pakej lebih mahal RM180 untuk tambahan 3,000 points. Maksudnya kita membayar enam sen bagi setiap extra point sebelum mengambil kira inclusion lain. Nama “promo points” tak menjadikannya percuma. Register offer yang sesuai untuk trip yang dah dirancang biasanya lebih mudah dipertahankan daripada cipta trip baru semata-mata untuk bonus kecil.

Nak redeem? Mula dengan trip, kemudian bandingkan kos

Cari destinasi dan tarikh dalam website atau app Marriott, kemudian pilih carian menggunakan points atau awards. Semak room type, occupancy dan cancellation terms sebelum membandingkan hotel. Harga points adalah dynamic: hotel yang sama boleh perlukan jumlah berbeza mengikut tarikh. Bilik cash yang masih available pun tak menjamin award room yang kita mahukan masih ada.

Award booking biasanya cover eligible room dan room taxes yang berkenaan mengikut rules award, tetapi resort fees dan caj yang dikecualikan masih boleh kena bayar. Makan, transfer dan extra guests juga boleh menambah bil. Baca final booking summary, terutama untuk resort. Kalau redemption masih memerlukan transfer yang mahal, jumlah itu tetap kena masuk dalam bajet. Boleh mula melalui panduan hotel redemption Marriott.

Untuk bandingkan cash value, gunakan bilik, tarikh, jumlah tetamu dan cancellation terms yang sama. Kemudian tolak caj cash yang masih perlu dibayar walaupun guna award. Sebagai ilustrasi, jika cash stay yang setara berharga RM1,200 dan award memerlukan 48,000 points tanpa perbezaan baki caj, kita menjimatkan 2.5 sen bagi setiap point. Ini contoh matematik, bukan cash rate booking Lampung aku.

Kalau cash stay yang sama cuma RM600, nilainya turun kepada 1.25 sen setiap point. Nights dan points tak berubah, tetapi jumlah cash yang dielakkan dah berbeza. Sebab itu points semalam yang rendah memang menarik, namun tak automatik bermaksud cash value paling tinggi. Fikir juga points yang tak akan diperoleh daripada paid stay, kemampuan cash sekarang dan sama ada kita benar-benar sanggup bayar harga bilik yang dipaparkan itu.

Stay for 5, Pay for 4: sebab long stay boleh jadi lebih menarik

Untuk eligible standard atau PointSavers redemption lima malam berturut-turut dalam satu reservation, Stay for 5, Pay for 4 menolak malam dengan harga points paling rendah. Bukan semestinya malam kelima mengikut turutan. Free Night Award certificates dan Cash & Points tak dikira dengan cara yang sama, jadi jangan assume apa-apa gabungan lima malam akan dapat benefit ini.

Contoh Lampung aku mudah dikira. Lima malam pada 12,000 points semalam sepatutnya jadi 60,000. Selepas satu malam 12,000 ditolak, booking itu jadi 48,000 points keseluruhan, atau purata 9,600 points setiap malam untuk stay lima malam. Kita dapat masa bercuti lebih panjang tanpa redeem points untuk kelima-lima malam.

Kalau rate setiap malam berbeza, baca breakdown sebenar. Contoh ilustrasi 14,000, 12,000, 13,000, 16,000 dan 15,000 menjadikan jumlah 70,000 points. Malam 12,000 akan ditolak, tinggal 58,000. Kalau terus ambil harga malam pertama dan darab empat, jawapannya salah. Semak reservation total sebelum transfer, beli atau commit points.

Kolam resort, payung biru dan pokok palma dengan pantai di belakangFasad resort dengan ukiran, lengkungan dan pancuran air di taman
Stay yang lebih panjang memberi lebih masa untuk menikmati suasana resort. Gambar: Naim Ali

Pengalaman kami: panjangkan cuti di Indonesia, redeem juga di Istanbul

Indonesia antara tempat yang paling memuaskan untuk aku gunakan points. Di Lampung atau Lombok, balance yang sama boleh membantu menjadikan trip itu cuti yang lebih panjang. Kadang-kadang lima hari yang tenang lebih berguna untuk kami daripada satu malam yang sangat mahal. Bali pun boleh dimasukkan dalam perbandingan kalau memang nak ke sana, tetapi tengok cash rate dan points pada tarikh sebenar. Jangan anggap semua hotel Indonesia mesti murah untuk redeem.

Ini booking dan angka yang aku masih boleh sahkan daripada pengalaman sendiri. Bila jumlah points dah tak ingat dengan tepat, aku biarkan kosong daripada reka angka supaya nampak cantik. Semua angka ini ialah pengalaman pada waktu booking, bukan tawaran yang dijamin tersedia hari ini.

Stay peribadiPoints yang digunakan pada waktu ituApa yang kami dapat daripada trip itu
TA’AKTANA, a Luxury Collection Resort & Spa, Labuan Bajo — 202445,000 semalam × 3 = 135,000Tiga malam untuk pengalaman luxury resort
Lampung — stay lima malam12,000 semalam; 48,000 keseluruhan dengan Stay for 5, Pay for 4Purata 9,600 points semalam untuk lima malam
Sheraton Senggigi Beach Resort, Lombok45,000 keseluruhan untuk lima malamPurata 9,000 points semalam
Satu hotel redemption di Istanbul — tiga malamSekitar 45,000 semalam; sekitar 135,000 keseluruhanCity stay yang turut mendapat suite upgrade
Renaissance Polat Istanbul HotelJumlah points tak direkodkan di siniSatu lagi stay Istanbul yang aku suka, dengan suite upgrade
Sheraton Istanbul LeventStay guna points; jumlah tepat dah tak ingatSuite upgrade menjadi sebahagian daripada pengalaman kami

TA’AKTANA dan Sheraton Senggigi menunjukkan dua cara menggunakan points yang sangat berbeza. Tiga malam di Labuan Bajo menggunakan tiga kali ganda points berbanding lima malam di Senggigi. Itu tak menjadikan salah satu keputusan salah. Satu digunakan untuk luxury resort yang ingin dicuba, satu lagi memanjangkan cuti dengan balance yang lebih kecil. Pilihan terbaik bergantung pada pengalaman yang kita mahukan.

Istanbul pun pernah beri pengalaman redemption yang bagus untuk aku, termasuk suite upgrades dalam stay di atas. Tapi aku tak akan book hanya dengan harapan upgrade itu mesti berulang. Untuk hotel bandar, semak lokasi tempat yang nak dilawat, perjalanan dari airport dan transport harian. Points yang rendah tak boleh mengubah hotel yang jauh menjadi dekat dengan kawasan kita banyak menghabiskan masa.

Cash rate bagi booking asal itu tak tersedia di sini, jadi aku tak letak angka sen-per-point yang direka. Apa yang contoh ini tunjuk ialah fleksibiliti: points boleh bantu cover long stay serantau dan juga city trip yang lebih besar. Kita tak perlu capai headline valuation yang luar biasa untuk merasakan penjimatan pada bajet sendiri.

Teres hotel dengan kerusi santai dan pemandangan bukit berhutanKerusi santai kayu di balkoni menghadap laut dan bukit
Ruang untuk berehat, daripada perjalanan kami sendiri. Gambar: Naim Ali

Boleh guna points untuk bantu naik status?

Boleh, sebab eligible award stays boleh earn Elite Night Credits. Jadi stay lima malam yang layak di bawah Stay for 5, Pay for 4 boleh memberi lima qualifying nights di hotel yang memberi satu ENC semalam, walaupun points hanya dibayar untuk empat malam. Kita memang menginap lima malam; diskaun redemption itu tak menghilangkan malam kelima daripada stay. Marriott menerangkan bagaimana points stays menyumbang kepada status.

Ini membolehkan points holiday yang memang dirancang membantu sasaran status. Contohnya, kalau akaun dah ada 45 ENC dan kita selesaikan eligible redemption lima malam sebelum qualification year tamat, jumlah boleh menjadi 50. Namun holiday itu masih patut sesuatu yang kita mahu. Redeem di hotel yang mudah dan sesuai berbeza daripada memilih tempat yang kita tak suka semata-mata nak tengok counter naik.

Istilah “mattress run” merujuk pada stay yang dibuat terutamanya untuk menambah qualifying nights. Kalau hujung tahun dah ada 48 dan tahun depan memang banyak trip yang boleh menggunakan Platinum benefits, dua malam tambahan mungkin wajar dikira. Masukkan transport, makan yang tak sepatutnya dibelanjakan, caj cash dan kegunaan lain bagi points itu. Redeem 20,000 points masih ada kos walaupun tiada bayaran bilik masuk ke statement kad.

Kena ikut qualifying-stay rules dan benar-benar stay. Buat booking, no-show atau remote check-in tanpa menggunakan bilik bukan cara yang boleh diharap untuk earn eligible nights. Book beberapa bilik pada malam yang sama pun biasanya tak menggandakan personal ENC. Kalau masih jauh daripada tier seterusnya, terima status yang travel kita sokong dan guna bajet untuk holiday yang lebih seronok.

Untuk orang baru, sepuluh nights yang memang dirancang pada tahun pertama dah memadai sebagai permulaan. Bila travel bertambah pada tahun lain, barulah sasarkan 25. Kita tak perlu capai Gold dulu sebelum layak menikmati points redemption yang bagus. Program ini patut memudahkan percutian, termasuk tahun ketika masa, kerja atau bajet cuma mengizinkan beberapa trip.

Kenapa aku suka kembali ke JW Marriott Khao Lak

JW Marriott Khao Lak antara hotel yang aku paling suka untuk repeat stay, biasanya sekitar seminggu setiap tahun. Bila dah jumpa tempat yang sesuai dengan cara kita bercuti, kembali ke tempat itu ada nilainya sendiri. Tak semestinya perlu tukar hotel setiap malam atau cuba brand baru semata-mata untuk promo.

Untuk stay seminggu, aku akan tengok keseluruhan pakej: bilik yang ditempah, breakfast, cancellation terms, transfer dan berapa banyak masa kita akan berada di resort. Booking points, eligible corporate rate dan pakej termasuk breakfast boleh menghasilkan total yang sangat berbeza. Aku tak gambarkan annual stay Khao Lak itu sebagai points deal yang tetap; keputusan perlu ikut rate pada tarikh yang dipilih.

Personal recognition boleh menambahkan rasa dihargai, tetapi ia tak sama dengan benefit yang memang dijanjikan dalam terms. Welcome amenity atau nota peribadi ialah sentuhan yang menyenangkan, bukan sesuatu yang setiap booking di setiap hotel mesti dapat. Sebab utama nak kembali masih kerana kita menikmati tempat itu.

Buah, air botol dan nota alu-aluan di JW Marriott Khao Lak
Welcome amenity di JW Marriott Khao Lak, resort yang aku suka kunjungi semula. Gambar: Naim Ali

Corporate rate: berguna kalau layak, tapi kena faham agreement

Corporate rate ialah rate yang dirunding untuk syarikat atau organisasi tertentu. Ia mungkin memberi harga lebih rendah, breakfast atau cancellation terms yang lebih fleksibel. Namun agreement menentukan siapa boleh guna, hotel mana menyertainya dan sama ada personal holiday dibenarkan. Ia bukan discount code umum untuk sesiapa saja yang jumpa dalam internet.

Mula dengan travel portal syarikat, HR atau travel team. Dapatkan approved code dan tanya sama ada booking wajib melalui channel tertentu. Kalau leisure use dibenarkan, semak sama ada pasangan atau keluarga turut dilindungi dan sama ada pekerja sendiri wajib stay. Bawa proof yang diperlukan seperti staff ID semasa, serta dokumen tambahan jika diminta. Badge membuktikan identiti atau pekerjaan; agreement masih menentukan eligibility.

Syarikat dalam jadual ini mempunyai kehadiran di Malaysia. Codes ialah rujukan yang dilaporkan secara awam, bukan pengesahan bahawa pembaca layak atau semua hotel masih mempunyai rate itu. Ia membantu kita tahu apa yang hendak ditanya kepada travel team. Senarai Going Awesome Places dan senarai MilePro ialah sumber sekunder; Marriott tidak mengesahkannya sebagai satu katalog universal approved codes. Senarai awam boleh lapuk atau tersalah, dan business unit atau agreement berbeza boleh menggunakan codes berlainan.

SyarikatMarriott code yang dilaporkan secara awamApa perlu disemak
AccentureACCEligibility pekerja dan leisure use
DeloitteDTCLocal travel agreement
EYEYCEmploying entity yang berkenaan
IBMIBMApproved booking channel
MicrosoftMCOSyarat employee rate
IntelINL / IBS muncul dalam senarai berlainanSumber bercanggah; dapatkan code tepat daripada travel team
3MMMMHotel yang menyertai agreement
American ExpressAMXUntuk pekerja yang layak, bukan sekadar pemegang kad Amex
CiscoCISLeisure use jika booking untuk holiday
CitiCITEntity dan rate terms yang berkaitan
GoogleGGLProof dan cara booking yang diwajibkan
HPHPQAgreement sebenar; jangan assume HP dan HPE menggunakan code sama
PwCPCWLocal corporate arrangement
SAPSAPTraveller dan hotel yang layak
SiemensSIERate agreement yang masih terpakai
SonySONEmploying entity dan tujuan stay
ToyotaTOYEligibility mengikut agreement sebenar

Cari hotel dan tarikh yang sama menggunakan ordinary member rate dan corporate code yang kita layak guna. Kemudian bandingkan total. Ketika sale, corporate rate mungkin lebih mahal. Ada juga yang nampak murah tetapi tak termasuk breakfast. Nama syarikat pada rate bukan bukti ia pilihan terbaik. Panduan corporate rate Marriott menerangkan cara booking dan keperluan proof; hotel boleh menukar harga jika reservation tak memenuhi eligibility.

Government rate untuk penjawat awam Malaysia

Government rates pun boleh membantu kalau kita layak. Dalam carian Marriott, buka Special Rates dan pilih Government & Military, kemudian baca Rate Details hotel itu. Rate yang dilabel “government” tak automatik boleh digunakan semua penjawat awam dari seluruh dunia. Ada yang terikat pada negara, agensi, urusan rasmi atau dokumen tertentu.

Untuk yang kerja kerajaan Malaysia, semak aturan hotel jabatan dan tanya property sama ada rate itu menerima employment serta tujuan perjalanan kita. Bawa staff ID yang diminta dan surat perjalanan rasmi atau proof lain jika diperlukan. Marriott sendiri mengarahkan pembaca merujuk eligibility bagi rate berkenaan. Government rate yang layak boleh earn Bonvoy, tetapi cara booking dan payment sebenar masih perlu menepati syarat.

Kad Malaysia, Boundless aku dan Amex FHR

Banyak guide Bonvoy dari US bermula dengan beberapa co-branded cards, annual elite nights dan welcome bonuses. Itu bukan andaian yang adil untuk pembaca Malaysia. Aku memang ada US Marriott Bonvoy Boundless, tetapi aku mula dengan Marriott sebelum memiliki kad itu. Kebanyakan cerita points dalam guide ini datang daripada stay dan promo, supaya pembaca boleh faham caranya tanpa perlu mempunyai akses kad yang sama.

Malaysia masih ada premium-card benefits yang relevan. Maybank American Express Platinum Charge Card menyediakan enrolment Marriott Bonvoy Gold dan akses Fine Hotels + Resorts, seperti diterangkan pada halaman benefits kad Malaysia. Ini benefit charge card yang khusus, bukannya semua produk Malaysia yang ada nama Amex Platinum. Gold melalui enrolment juga tak bermaksud akaun terus diberi 25 qualifying nights untuk menuju Platinum.

Kalau dah ada kad itu, semak dan activate benefits yang berkaitan. Kalau belum, bandingkan annual fee penuh dengan manfaat yang benar-benar akan digunakan sebelum apply. Hotel status saja alasan yang lemah untuk mengambil kad yang mahal. Bank-to-hotel points transfer pun perlu dikira. Bandingkan Bonvoy points yang diterima dengan pilihan Enrich atau KrisFlyer daripada bank rewards yang sama, dan transfer bila ada hotel booking tertentu yang menjadikannya berbaloi. Baca guide kad travel Malaysia kami untuk perbandingan flight miles yang lebih luas.

Di mana Fine Hotels + Resorts sesuai digunakan?

FHR ialah booking programme, bukan satu lagi Bonvoy tier. Untuk eligible booking melalui Platinum travel channel yang ditetapkan, kad Malaysia mengiklankan breakfast dua orang, property amenity bernilai US$100, guaranteed checkout 4pm, noon check-in dan room upgrade mengikut availability, serta Wi-Fi. Cara menggunakan amenity bergantung pada property. Bayar ordinary Marriott booking dengan kad itu saja tak automatik menjadikannya FHR reservation.

Untuk Istanbul atau luxury city stay lain, aku akan bandingkan tiga pilihan: direct cash rate, points booking dan eligible FHR offer. Kalau beza harga FHR kecil dan breakfast serta property credit memang akan digunakan, ia boleh masuk akal. Untuk long stay, ingat US$100 property amenity biasanya sekali bagi satu stay, manakala breakfast diberi setiap hari. Jangan darab one-time amenity itu tujuh kali untuk stay seminggu.

Tanya Platinum travel team dan hotel sama ada FHR rate yang dipilih juga earn Bonvoy points, nights dan status benefits; masukkan nombor membership jika layak. Jangan assume semua intermediary bookings boleh stack dengan cara sama, atau pindahkan US-card statement credits ke benefits kad Malaysia. Rujukan yang sesuai ialah halaman FHR Malaysia dan local card terms.

Apa yang berlaku kepada Club Marriott?

Club Marriott dan Marriott Bonvoy ialah program berbeza. Club Marriott ialah paid membership untuk dining dan hotel benefits di sebahagian Asia Pacific. Bonvoy pula program points dan elite status yang kita bincangkan dalam guide ini. Penamatan Club Marriott tak bermaksud Bonvoy juga akan tamat.

Untuk pasaran yang terlibat, termasuk Malaysia, Club Marriott menghentikan direct new memberships dan renewals mulai 1 April 2026. Tarikh retirement yang diumumkan ialah 31 Mei 2027. Maklumat peralihan menerangkan extension bagi existing base memberships yang layak, sementara vouchers masih ikut expiry date asal. Jangan anggap semua dining atau stay vouchers terus valid sampai tarikh penutupan. Greater China dan India tidak termasuk dalam pengumuman retirement ini.

Program melalui bank mempunyai timeline sendiri. Contohnya, AmBank mengumumkan discontinuation mulai 1 Julai 2026, dengan aturan khusus untuk enrolment atau renewal Mei dan Jun. Existing members perlu semak tarikh membership dan vouchers masing-masing. Untuk orang baru di Malaysia, lebih sesuai bina plan berdasarkan benefits Bonvoy dan hotel rates yang masih tersedia, bukan new Club Marriott membership.

Akaun pasangan, transfer points dan miles: apa yang boleh digabungkan?

Bonvoy ialah akaun individu, bukan joint account. Jika seorang ada 30,000 points dan seorang lagi 25,000, anda boleh mempertimbangkan transfer untuk cukupkan satu redemption. Points boleh dipindah melalui official transfer tool tanpa fee, tetapi status, elite nights dan lifetime years tidak bergerak bersama points itu. Ahli yang book dan stay masih perlu memenuhi rules untuk benefits.

Rule transfer antara ahliHad semasa
Minimum1,000 points; ikut increment 1,000
Points dihantarMaksimum 100,000 setiap tahun kalendar
Points diterimaMaksimum 500,000 setiap tahun kalendar
Bilangan transaksiMaksimum 2 sebulan dan 6 setahun; memberi atau menerima kedua-duanya dikira
Umur akaunKedua-dua akaun dalam good standing; sekurang-kurangnya 30 hari dengan qualifying activity atau 90 hari tanpa activity

Contoh: anda terima dua transfers kecil bulan ini. Itu boleh menghabiskan monthly transaction allowance walaupun jumlah points masih jauh daripada annual cap. Tentukan jumlah yang diperlukan sebelum transfer berulang-ulang. Nama dan nombor ahli penerima perlu tepat. Transfer ini juga tidak reset inactivity expiry dengan sendirinya. Transfer rules · Points expiry.

Tukar Bonvoy kepada airline miles: relevan, tetapi kira kos peluang

KrisFlyer tersenarai sebagai airline transfer partner pada kadar 3 Bonvoy points : 1 mile. Untuk eligible transfer 60,000 points, bonus 5,000 miles menjadikan jumlah 25,000 KrisFlyer miles. Nama ahli mesti sepadan dan pemindahan bukan janji instant award availability.

Enrich tidak muncul dalam senarai Bonvoy-to-airline transfer partners semasa yang kami semak. Jangan anggap semua oneworld airlines atau program popular Malaysia ada transfer terus. Kalau matlamat utama anda Malaysia Airlines, semak earning dan bank transfer terus ke Enrich melalui guide Enrich kami, bukannya merancang conversion Bonvoy yang tidak disenaraikan. Senarai airline partners rasmi.

Sebelum menghantar 60,000 Bonvoy points, bandingkan hotel nights yang anda lepaskan dengan award flight yang benar-benar available. Jika points itu boleh menampung sebahagian besar long stay di Indonesia, tukar semuanya hanya untuk menambah balance airline tanpa booking plan mungkin tidak membantu. Sesetengah airlines mempunyai ratio atau bonus berbeza; angka KrisFlyer tadi bukan formula untuk semua partners.

Singapore Airlines partnership: laluan accelerate yang relevan untuk Malaysia

Status partnership berasingan daripada points transfer. Anda tidak perlu convert hotel points kepada airline miles untuk menggunakan eligible status match atau challenge. Registration dan linking mesti dibuat dahulu; qualification window bermula mengikut pendaftaran, bukan bila anda akhirnya memutuskan nak mula travel.

Status yang anda sudah adaPeluang selepas registration yang layak
Bonvoy Platinum / Titanium / AmbassadorMatch KrisFlyer Elite Silver; challenge ke KrisFlyer Elite Gold dengan 4 qualifying SQ flights dalam 6 bulan
Bonvoy GoldChallenge ke KrisFlyer Elite Silver dengan 2 qualifying SQ flights dalam 6 bulan
KrisFlyer Elite Gold / PPS Club / Solitaire PPS ClubMatch Bonvoy Gold; challenge ke Platinum dengan 10 qualifying paid nights dalam 6 bulan
KrisFlyer Elite SilverChallenge ke Bonvoy Silver dengan 3 qualifying paid nights dalam 6 bulan

Untuk flight challenge, redemption, codeshare dan group booking class G dikecualikan. Miles daripada qualifying flights mesti dikreditkan ke KrisFlyer dalam qualification window. Sebagai gambaran, itinerary PEN–SIN–destinasi dan balik boleh mempunyai empat flight sectors; ia hanya memenuhi challenge jika keempat-empatnya memenuhi definisi qualifying SQ flight. Jangan kira Scoot atau partner-operated codeshare semata-mata kerana dibeli bersama itinerary SQ.

Untuk hotel challenge pula, points stay, Cash + Points dan Free Night Awards tidak dikira sebagai qualifying challenge nights, walaupun eligible award stay boleh earn ENC untuk status tahunan biasa. Promotional bonus ENC juga tidak menggantikan paid nights yang diperlukan. Ini antara perbezaan paling penting sebelum anda redeem lima malam lalu menyangka separuh challenge sudah selesai. Partnership FAQ · Partnership terms. Eligibility, previous matches dan renewal rules tetap terpakai.

Beli points dan guna points untuk benda selain hotel

Harga biasa points purchase ialah US$12.50 bagi 1,000 sebelum sebarang promo. Had pembelian standard Buy/Gift Points storefront sekarang 150,000 setahun; booking-path dan targeted multiplier mempunyai had berasingan dan eligibility sendiri. Bukan semua ahli mendapat offer sama. Kira jumlah cash termasuk FX dibahagi points diterima, kemudian bandingkan dengan cash rate hotel yang boleh ditempah sekarang. Pembelian points tidak memberi ENC atau menjamin bilik award akan kekal available. Buying points.

Points juga boleh digunakan untuk pengalaman melalui Marriott Bonvoy Moments dan rewards lain. Nilainya bukan automatik lebih baik daripada hotel. Untuk guide ini, fokus aku masih stay: ada kegunaan jelas, boleh banding cash dengan points dan boleh membantu cuti panjang. Redeem untuk barang atau transfer ke airline patut ada sebab yang spesifik, bukan hanya kerana option itu ada.

Cara mula tanpa terlebih commit

Daftar dulu, kemudian tengok trip seterusnya yang memang kita nak pergi. Bandingkan dua atau tiga hotel yang sesuai, termasuk pilihan bukan Marriott. Kalau participating Marriott hotel berada di lokasi yang betul dan harganya kompetitif, semak qualifying rate, register promo yang berkaitan dan pastikan nombor membership ada pada booking. Selepas checkout, simpan folio sampai points dan nights masuk dengan betul.

Bila dah ada balance, cuba cari holiday sebenar dalam cash dan points. Kalau tempoh lima malam memang sesuai, bandingkan carian itu dan cuba tarikh berdekatan jika fleksibel. Tengok award cancellation deadline: bayar dengan points tak bermaksud kita boleh cancel sesuka hati tanpa apa-apa akibat. Balance juga perlu mencukupi apabila melengkapkan booking mengikut award rules yang berkenaan.

Jaga points dengan memastikan akaun kekal aktif. Di bawah points-expiry rules semasa, akaun biasa boleh kehilangan points selepas 24 bulan berturut-turut tanpa qualifying activity. Eligible earning, redemption atau pembelian points boleh mengekalkan aktiviti; login saja tak cukup. Lifetime Elite accounts kini dikecualikan daripada inactivity expiry itu. Semak activity history, bukan bergantung pada ingatan semata-mata.

Aku tak akan beli balance points yang besar tanpa kegunaan tertentu. Beli sedikit untuk cukupkan available booking masih boleh dibandingkan dengan cash price dan cancellation terms. Beli hanya kerana bonus nampak besar bermakna kita menanggung risiko award prices berubah sebelum sempat guna. Untuk status pun sama. Beberapa stay yang berguna dan satu redemption yang memuaskan ialah permulaan yang lebih baik daripada setahun mengejar benefits yang akhirnya jarang digunakan.

Bagi aku, hasilnya mudah dirasai: lebih banyak malam bercuti di Indonesia, tempat menginap yang selesa di Istanbul dan peluang kembali ke resort kegemaran di Khao Lak. Mula ikut kemampuan travel dan bajet sendiri. Kalau Silver dulu, tak apa. Biar pengalaman bercuti yang jadi perkara paling kita ingat.

Sumber dan rujukan booking

Maklumat program disemak melalui earning table Marriott, tier benefits, lifetime status, panduan redemption dan terms program. Rujukan utama turut diletakkan bersama penjelasan yang berkaitan. Senarai corporate codes dilabel sebagai sumber sekunder dan tidak mengesahkan eligibility. Angka redemption serta pilihan travel peribadi datang daripada stay kami sendiri.