COUPLE MILES AWAY · 30 SEP 2026
Notis privasi.
Maklumat yang dikumpulkan
Apabila anda menghantar pertanyaan, kami menyimpan nama, maklumat hubungan dan butiran perjalanan yang anda berikan. Jangan sertakan nombor pasport, maklumat kad pembayaran atau rekod perubatan.
Cara maklumat digunakan
Maklumat ini digunakan untuk menjawab pertanyaan dan membincangkan perancangan perjalanan. Pertanyaan disimpan dalam akaun hosting kami dan boleh diakses oleh pentadbir laman. Maklumat anda tidak dimasukkan secara automatik dalam senarai pemasaran.
Komen artikel
Untuk komen, isi nama dan mesej sahaja; tak perlu email. Kami simpan komen untuk semakan. Hanya komen yang diluluskan dan balasan penulis dipaparkan, pada kedua-dua versi bahasa artikel. Jangan masukkan maklumat peribadi dalam komen. Untuk kurangkan spam, kami guna session cookies, semakan borang dan pengecam rate limit yang di-hash. Pengecam ini tamat tempoh dalam sehari dan dibuang apabila ada request seterusnya. Database komen tidak menyimpan alamat IP asal anda. Log keselamatan hosting mungkin diuruskan secara berasingan oleh penyedia hosting.
Newsletter
Apabila newsletter signup dibuka, kami simpan email, bahasa, tarikh persetujuan dan status subscription dalam database hosting peribadi kami. Kami hantar confirmation email; hanya subscription yang disahkan masuk mailing list. Anda boleh unsubscribe melalui link dalam newsletter atau minta maklumat dipadam melalui contact form. Semakan borang dan pengecam rate limit yang di-hash membantu kurangkan spam. Pertanyaan dan komen tak dimasukkan secara automatik ke dalam senarai ini.
Kuki dan perkhidmatan luar
Kuki penting melindungi borang, mengurus sesi pentadbir dan mengingati bahasa pilihan anda. Laman ini tidak menggunakan penjejak pengiklanan. Video pilihan menghubungi YouTube atau Vimeo hanya apabila anda memilih untuk memuatkannya; dasar privasi penyedia tersebut terpakai.
Pertanyaan atau permintaan pemadaman
Gunakan borang hubungan untuk bertanya, membetulkan atau meminta pemadaman maklumat yang telah dihantar. Sertakan nombor rujukan pertanyaan jika ada.
Hubungi kami →Trip ikut cara anda
Nak pergi ke mana?
Ceritakan trip yang anda nak. Kami bantu susun hotel, flight dan itinerary.
